Senin, 18 Maret 2013

DEMOKRASI

DEMOKRASI
Maksud Demokrasi Dan Perbezaan Antara Demokrasi Langsung Dan Demokrasi Tidak Langsung Dari Sudut Aliran Falsafah Barat.


a) Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti rakyat atau masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang.

Demokrasi memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi sejak kewujudan Athen demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat. Sebarang percubaan untuk mencipta maksud sebenar demokrasi akan kurang mengelirukan jika ia tidak lari dari maksud asal demokrasi ini.

Sejak dulu lagi banyak definasi demokrasi telah dirumuskan. Adakalanya terlalu ringkas seperti kerajaan oleh rakyat untuk rakyat, satu bentuk kerajaan di mana pemerintah bertanggungjawab keatas orang yang diperintah, atau kerajaan daripada perbincangan. Jika kita kaji pendapat Plato dan Aristotle, kedua-dua berpendapat demokrasi mewakili peraturan daripada kebanyakan rakyat, rakyat bagi mereka kebanyakan terdiri daripada miskin dan jahil. Oleh itu, mereka yang tidak pandai memilih untuk menindas yang kaya.

Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan sebagai semua rakyat boleh buat sebarang atau keputusan yang penting tentang polisi awam. Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan kesamaan politik. Ini dapat di dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau dasar terbuka dalam politik di mana pertandingan parti-parti politik semasa pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh bertanding secara terbuka. Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang dasar atau keputusan rakyat kepada kerajaan.

Tokoh-tokoh akademik dan politik turut memberikan beberapa maksud mengenai demokrasi. Sarjana sains politik iaitu Robert A.Dahl demokrasi adalah suatu sistem yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar. Sementara itu, C.F. Strong pula memberikan maksud Demokrasi sebagai suatu corak kerajaan yang bergantung kepada persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat turut mengambil bahagian di dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai kedaulatan. Abraham Lincoln pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap individu mendapat hak yang sama.

Kesimpulannya maksud demokrasi memang sukar untuk dinyatakan. Ia sering berlainan dari pendapat seorang kepada pendapat orang lain.

b) Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu Demokrasi Langsung dan Tak Langsung. Demokrasi langsung, ialah demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar.

Demokrasi tak langsung juga dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat.

Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat. Tetapi di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang, pilihanraya dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar.

Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk dielakkan. Dalam demokrasi secara langsung tidak ada pilihanraya. Olehitu sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja.

Dalam demokrasi tak langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu kehakiman, legislatif dan eksekutif. Institusi kehakiman tempat menyelesaikan sebarang masalah warganegara atau badan sesebuah negara. Institusi legislatif pula terdiri wakil-wakil, yang dipilih rakyat yang berperanan membuat, meminda mahupun membatal sesuatu undang-undang mengikut kuasa yang ada pada mereka. Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan yang juga menentukan polisi sesebuah negara. Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua badan iaitu perhimpunan dan majlis. Majlis mempunyai keahlian yang mewakili secara sama rata bilangan rakyat. Oleh itu tidak berlaku konflik yang tegang antara kedua-dua badan tersebut.

Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan ramai yang banyak menyebabkan tidak ada kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi secara tak langsung dianggap lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh rakyat.

 http://tatiuc.edu.my/syahrul/demokrasi.htm

Tidak ada komentar:

Posting Komentar